OBJEKTIF PENUBUHAN
Menjalankan aktiviti berteraskan pendidikan terutama pengajian al-Quran kepada semua golongan sasar dalam masyarakat seperti remaja, warga emas dan anak yatim.
Meningkatkan pembangunan kualiti hidup golongan luar bandar dalam pelbagai sektor berkaitan sosial dan ekonomi.
Melaksanakan pelbagai program atau aktiviti berbentuk keagamaan, kebajikan dan sukarelawan kepada golongan belia dikalangan masyarakat luar bandar.
Melahirkan generasi yang mencintai al-Quran, mempelajari, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.
Melahirkan generasi yang mentaati perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.
Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal,berjiwa besar dan berakhlak mulia.
Melahirkan para Huffaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara.
Mewujudkan pemeliharaan al-Quran sebagai aset umat Islam bagi generasi akan datang dan menjadikan isi kandung al-Quran pada jasad individu muslim sebagai al-Quran bergerak untuk dijadikan sebagai panduan secara praktikal kepada ummah.