Pengenalan

Pusat Pengajian Al-Quran Dar El Bayan (PPADB) adalah sebuah pusat pengajian yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat Islam dalam usaha-usaha mengembangkan ilmu agama khususnya ilmu-ilmu yang berkaitan al-Quran. Terletak di sebuah tanah seluas 1/2 ekar yang bersuasanakan kampung dan dikelilingi tumbuhan hijau, serta udara yang nyaman dan menyegarkan akan memberi ketenangan kepada para pelajar yang ingin menjauhkan diri dari kesibukan kota. Suasana begini sangat sesuai untuk menimba ilmu, ditambah pula dengan pemupukan suasana Islam yang tentu dapat meningkatkan lagi kualiti dan keperibadian pelajar agama. PPADB ini dibina berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu, dimana ilmu adalah penting agar setiap ibadah yang dilakukan sempurna dan mencapai matlamatnya.

 

 

MATLAMAT

PPADB ini diwujudkan dengan bermatlamat atas kesedaran untuk memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat menuntut ilmu agama, diharapkan dengan ilmu-ilmu yang diberikan akan mampu mewujudkan satu masyarakat yang berilmu, jujur, mampu berdaya saing serta berfikiran luas sekaligus mengurangkan masalah sosial yang ada dalam masyarakat. Disamping itu juga PPADB diharapkan dapat melahirkan golongan yang mahir dengan ilmu al-Quran dan ilmu-ilmu agama yang lain untuk meneruskan dakwah dan islah dalam masyarakat di negeri Kelantan khususnya dan ke seluruh negara amnya. Kewujudan PPADB ini bertepatan dengan masanya kerana tempat pengajian seperti ini, yang memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menuntut ilmu amat kurang, diharapkan PPADB ini dapat menyempurnakan salah satu dari tuntutan fardhu kifayah.


Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
— Surah Al-'Alaq, Ayat 1